Kalaudi Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga.
Vay Tiền Nhanh. Lama tidak dapat menikmati sajian di majlis perkahwinan, pastinya terindu-rindu menu daging masak hitam yang menjadi kewajipan disetiap majlis kenduri. Sekarang ni mana nak jumpa kenduri dah, kalau teringin kena lah buat sendiri. Jadi Apa kata hari ni kita tengok resepi yang dikongsi iaitu daging masak hitam ala-ala kenduri. Menu ini sangat simple dan pastinya sangat sedap. Daging pun lembut je dimakan. Bau rempah masakan daging memang membangkitkan selera makan. Tambah pula makan dengan sambal belacan dan ulaman timun atau ulam raja. Fuuh! Lagi terangkat. Daging masak hitam kalau nak masak banyak-banyak pun boleh. Simpan je dalam peti ais. Nak makan, panaskan aje. Resepi ni bukan seorang je suka tapi satu keluarga pun pasti gemar dengan lauk ini. Lagi puas hati masak sendiri boleh makan banyak-banyak tau. Daging masak hitam boleh dijadikan pengganti rendang. Ada yang buat rendang daging tok ataupun daging dendeng. Masing-masing ada cara tersendiri. Daging masak hitam juga sesuai dimakan dengan nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, lemang dan macam-macam lagi. Cara penyediaan penyediaan resepi juga tidak renyah dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Nak tahu step by step cara masak resepi ini? Boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid. Resepi nya memang sangat mantap! Anda boleh cuba. RESEPI DAGING MASAK HITAM Daging masak hitam ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa tidak kira lah musim kenduri ataupun musim perayaan kerana resepi ini sangat power dan boleh bertahan lama. Tanpa membuang masa apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi daging masak hitam ini. Bahan-bahan yang perlukan 2 kilo daging kicap manis & kicap pekat 20 tangkai cili kering blend 2 biji bawang besar 10 ulas bawng putih 5-6 hiris halia 2 batang serai 5 biji buah keras 1 genggam krismis 1 sudu jintas manis 2 sudu lada hitam CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM ▶️ Perap daging dengan kicap manis & kicap pekat dan cili kering blend. Dan perap 2 hingga 3 jam. ▶️ Sementara tunggu daging kita blend bahan2 ni dulu. ▶️ Bekas biru blend bawang besar ,bawang putih, halia. Manakala bekas pink blend serai, kismis, buah keras, jintan blend serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam. ▶️ Minyak panas tumis 4 sekawan. Masukkan bawang blend. ▶️ Bawang dah garing masukkan rempah blend pulak. ▶️ Pecah minyak macam ni masukkan daging. Api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air. ▶️ Masak sampai kering macam ni lebih kurang 3 jam. Perasakan gula dan garam. ▶️ Siap untuk dihidang! BACA JUGA Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Rasanya Pasti Tidak Mengecewakan Anda! Waah! Mudah sangat nak buat daging masak hitam ni. Walaupun mengambil masa 3 jam untuk keringkan daging ni, tapi ianya sangat berbaloi-baloi. Kalau ikutkan resepi ni dah tak payah tambah gula & garam rasanya dah ngam-ngam tapi kalau suka manis boleh letak gula. Kalau masak daging masak hitam ni nak lebihkan minyak pun tak pe. Sebab daging kita dapat bertahan lama tanpa rosak. Bila dipanaskan jadi lebih sedap dari hari pertama tau. Daging lebih lembut, rempah lebih wangi sebab semakin lama daging dan rempah bermesra. Yang mana baru nak belajar memasak boleh follow resepi yang dikongsikan. Pasti seronak kalau masakan anda menjadi! Semoga dengan perkongsian resepi daging masak hitam ini dapat beri manfaat kepada semua. Jangan lupa, kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai boleh dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!
Hai semua... Kejap je kan dah masuk hari ke 5 puasa.. Alhamdulillah. Semoga semua dapat menjalani puasa dan beribadah dengan setulus hati. Pesan kat diri sendiri juga ni. Okayla.. Idea untuk menu berbuka puasa kali ni, boleh la cuba buat daging masak hitam berempah dan nasi minyak utara. Gandingan nasi minyak dan daging masak hitam ni memang sedap sekali. Kalau di Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga. Dan lauknya bermacam jenis seperti lauk hidangan tengahari. Selain nasi lemak dan nasi kuning resepi disini, nasi minyak jenis ni lah dijual sebagai nasi bungkus pagi. Daging masak hitam berempah pula ialah lauk biasa dijumpai pada waktu pagi. Dagingnya diperap dengan kicap dan kemudian direbus dengan rempah ratus sehingga lembut. Lepas tu barulah ditumis seperti membuat sambal biasa. Kemudian ditambah kicap untuk warna kuah yang gelap disamping memberi rasa manis kepada kuah dan daging. Selalunya tak ada acar, tapi saya tambah acar jelatah untuk melengkapkan hidangan..... Sedap juga dimakan bersama telur rebus atau telur masin. Resepi Daging Masak Hitam Berempah Bahan-bahan 800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal. 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar lada hitam serbuk 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji cengkih 3 biji bunga lawang Bahan kuah 6 -7 sudu besar cili kering - dikisar 2 ulas bawang besar - dikisar 1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah 7-8 helai daun kari 2 batang serai - diketuk 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 4 sudu besar minyak masak Bahan kisar untuk tumis 5-6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia Cara Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan kalau air banyak jangan masuk semua. Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan. Resepi Nasi Minyak Utara Bahan-bahan 4 cawan beras 1 1/2 cawan susu cair 1/4 cawan minyak 4 camca besar minyak sapi 4 cawan air - ikut beras yang digunakan 2 biji tomato - dikisar tanpa air - kalau kisar guna air, gunakan air yg disukat untuk beras. 2 helai daun pandan, disimpul 2 camca teh garam Bahan rempah tumis 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih Bahan kisar 1 ulas bawang besar 1 inci halia 3 ulas bawang putih Cara Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bahan rempah tumis dan bahan kisar, bersama daun pandan. Masukkan tomato kisar. Masukkan air dan susu cair. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering.
Jika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP! MinyakBahan-Bahan5 pot Beras Basmati 1 cawan Susu Cair 5 biji Bawang merah dihiris halus 3 biji Bawang putih dihiris halus 2cm Halia dihiris/atau ditumbuk 1 batang Serai dikatok 1 biji Bunga lawang 3 biji Buah pelaga 1 batang kecil Kayu Manis 3 biji Bunga cengkih 23 sudu besar Minyak sapi Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit hujung sudu Garam dan serbuk perasa agak-agakCara Membuat1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan. P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau air rebusan daging. bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing rebusan air minyaknyalemak beku Tu la…macam minyak sapi Tu. ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai, sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan Masukkan pula susu cair dan kacau Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau air rebusan daging. 4 tempat dan kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis jika suka. Masak HitamBahan-Bahan1 kg daging direbus sehingga empuk 45 sudu besar Kacang peas dalam tin jika suka Kismis 1 kotak 4 sudu besar kismis ½ botol kecil kicap Manis saya guna cap kipas udang 1 batang serai dikatok 2 batang Daun kari 1 sudu besar air asam jawa 2 biji bawang besar dihiris halus 2 sudu besar Serbuk Kari daging 1 sudu besar serbuk sup 1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih 3 sudu besar Gula pasirgula Melaka Garam Dan serbuk perasa Minyak masak untuk menumis 4 senduk Air rebusan dagingBahan Kisar5 batang batang serai 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas Halia sebesar ibu jari 20 biji bawang merah atau biji bawang besar 4 biji buah keras 10 biji bawang putihCara Membuat1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak. sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.masak seketika. air asam jawa 1 sudu besar. kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus. kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit suka berkuah pun tak pe dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat Timun BertumisBahan-Bahan1 biji Timun dipotong panjang 1 biji Lobak merah dipotong panjang 15 biji Bawang kecil 15 biji Bawang putih 2 cm Halia dihiris halus-halus 1 sudu besar Biji sawi 3 sudu besar Cili kisar 1 sudu besar Rempah Kari ikan 1 sudu besar Gula melaka 1 sudu besar Gula putih 2 sudu besar Kismis 2 sudu besar cuka Garam Serbuk perasa 1 batang Daun kari 3 sudu besar Minyak masakCara Membuat minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari. cili kisar sehingga pecah minyak. serbuk kari dan masak seketika. kecil dan bawang putih,masak sehingga lembutAPI perlahan. sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis. lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang Lagi Di Sini Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia PenjualMWMenarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang Nurul Ateekah
nasi minyak daging masak hitam